Thursday, June 27, 2013

Set bersalin TANAMERA

Meowww Sue.Mr.Faris
Macam biasala hidup aku ni memang banyak dipengaruhi kakak aku lagi lagi si sumainah tu :) Dia yang beli dulu set ni pastu aku yang tak tau apa apa ni tiru jela ahahahha. Sebenarnya aku hampir terlupa nak beli set ni sebab bz sangat masa kena tukar unit kat tempat kerja dari TDM kepada stor (bluuerghh). Nasib baik la teringat juga masa tu dah lepas 7 bulan pregnant. Order hari ni pastu terus bayar esok ke lusa dah sampai. So sebelum beranak aku dah pakai beberapa la dari 11 benda yang dapat dalam set ni.

Ni pesanan yang aku dapat dari email

Please start using the Virgin Coconut Oil to benefit fully and enjoy a smoother, easier birth with no or minimal tearing.

From your 30th week, start massaging the coconut oil on your vagina 'opening' and perineum (the area between vagina and anus) minimum 5 times a day, ideally every time after going to the toilet to get best results. The more you apply and massage the more effective it is to keep the area supple so that it dilates more easily for delivery. Do not wash off the oil after the massage.

From your 37th week start to consume the same coconut oil till delivery, 1 tablespoonful each time in the morning, noon and evening (total 3 tablespoonfuls each day).

Upon contraction and on the way to the hospital, please consume more of the coconut oil, you can consume from the bottle.

Before labour, get your husband or matron to splash some on your vagina 'opening' and perineum during labour.
Above steps are proven effective to prepare you for a smoother, quicker delivery with no or minimal tearing.

The VCO is also excellent for stretch marks prevention, to help fade existing stretch marks, to ease from constipation, to apply on cracked nipples and to apply on baby's bottom to prevent diaper rash.
Ok aku sapu tapinyaaa bila nak tidur je, Sebab lupa arahan sekali baca balik la minimum 5x/sehari? Memang tak la. Nak bawa gi kerja da 1 hal. Dengan gatal seluruh badan. Aku bawa bedak dettol je g kerja. Hhaha.

Minum pun aku main-main sebab lupa arahan juga. Memula 1x/sehari bila baca balik 3x/sehari. Ok aku cuba juga buat. Kekadang dapat la 3x 2x 1x tengok la keadaan.

Haaa masa contraction memang tak minum :(( sebab tak sangka beranak awal seminggu. So tertinggal kat rumah & tak ingat langsung nak minta husband ambil bawa g hospital. Apa tah lagi nak suruh simbah masa nak beranak ;((

Bila cocoa butter dah habis sebotol memang aku guna VCO untuk sapu kat perut. Husband la yang buat. I malas :)

Hasil : Nak kata tak koyak langsung itu tak terjadi kat aku cumanya aku tak kena gunting koyak sikit mungkin sebab anak pertama, tak pandai push pulak, tak rasa sakit nak push lagi sebab on epidural so koyak la juga tapi sikit je sebab jahit pendek je macam eh pendek nya macam tak caya. Alhamdulillah :)

Brown Formulation Soap
Sabun ni best sebab lepas pakai rasa kulit licin je. Aku pakai sabun ni untuk sental kulit yang hitam degil tu. Memang la tak hilang 100% tapi puas hati la sebab kulit jadi licin. Berjaya pakai sampai habis :)

Herbal Massage Oil
Minyak ni start sapu kat kaki & jari jemari masa da start bengkak & cramp. Tapi memang tak jadi apa sebab bengkak teruk & cramp teruk. Dah bersalin pun cramp lagi. Makan calcium baru jari tangan tak cramp. Pakai compression socks scholl yang kurangkan bengkak & cramp kaki. Sekarang ni minyak ni ada lagi. Husband aku yang guna ;)

Lavender Floral Water
Aku spray benda ni masa sebelum beranak, ok je. Lepas beranak aku spray jadi pedih pulak muka. Apa tah aku nak buat dengan benda ni? Kang aku sembur je la kat langsir ke mana-mana. Mana benda ni tah pun aku tak pasti. kat sagil agaknya ;)

Feminine Herbal Wash
 
Benda ni kena pakai 2x sehari. Masa memula aku pakai 1x sehari pastu baru perasan 2x sehari. Jenuh aku nak abes kan dengan angah punya pun aku kena abeskan. duit oi.  Best juga pakai ni. Nampak perubahan :)

Herbal Bath
Ni aku campur dalam air daun yang mak buatkan. Tak pasti kesan nya macam mana. Sebab lepas mandi memang rasa best je :)

Herbal Tea
ahahha mencabar juga nak minum ni. Aku isi air separuh cawan pastu tambah gula pastu minum seteguk. berjaya aku habiskan.


Firming Herbal Blend Paste
Ni tapel. letak kat perut pastu latak kain batik lama atas tapel pastu pakai bengkung. Panas boleh tahan. Tapi hasil memuaskan :)) Aku pakai ni siang. Pastu malam aku pakai losen mustajab warna hijau. 


Abdominal Wrap
Mestila ni paling best. Memula tak tau nak pakai cemana tah. tapi tukang urut yang pakai kan hari ke2-4. Nasib dia ajar tali tu potong dua. senang nak g toilet. buka tali bawah je. Pastu husband tolong sampai dia abes cuti 2 minggu. Pastu aku pakai sendiri. Memula pakai sambil berdiri. Pastu try pakai sambil baring. Sambil baring lagi senang & kemas. Alhamdulillah perut dah kempis cuma rasanya takla sekempis dulu.sobb. memula pakai siang je. Pastu pid kata dia pakai 24 jam. Wah yeke aku tak tau pun. So aku gagahla pakai 24jam buka time mandi je sampai 40 hari. Tabah oi dengan panas dengan nak BF lagi.

Calming Herbal Blend Paste
Ni pilis yang sapu kat dahi tu. Ada la rasa kurang pening tak cukup tidur. Pakai jela dah ada dalam set :)

Boreh Body Scrub
Ni pun best macam sabun tadi. Tak pakai hari-hari tapi setiap kali pakai rasa kulit licin sangat. Suka aku !
Calming Herbal Blend Paste
Keseluruhannya aku suka je guna set ni. Lagi yang set mandi & tapel tu sebab nampak kesan. Dah berjaya racun aziah dia pun plan nak beli set ni juga hehe

 



Cold Pressed Virgin Coconut Oil
Cold Pressed Virgin Coconut Oil

0 tapak koceng:

Followers